Sebelum pilih produk skincare: Tentukan jenis kulit kita dulu!

Pakai produk hari ni, tak akan terus cantik besok.

Tapi rasa sakit hati pula bila pakai produk dah makan minggu dan bulan ni, muka masih tak ada perubahan. Makin teruk ada lah!

Jerawat naik mencanak-canak, ingatkan pakai produk okay lah sikit. Tapi perubahan kulit muka tu masih tak nampak.

Paling sedih sekali bila jerawat ni tinggalkan kesan parut. Parut yang tak kekal tak apa lagi, ni parut pakej berlubang tu memang sampai ke tua muka tak dapat nak ubah.

Masa tu lah baru terfikir, aku ni tersalah pakai produk ke?

Dalam artikel ni kita nak kaji kenapa orang selalu silap bila beli produk muka.

Adakah sebab awareness penggunaan produk tu tak sampai… atau marketing produk tu yang terlalu berlebihan?

MACAM MANA BOLEH SILAP DALAM MEMILIH PRODUK PENJAGAAN KULIT MUKA?

Silap ni memang selalu sangat jadi bila pengguna terlalu ikutkan apa yang viral di media sosial. Ataupun bila produk tu tengah hype dekat market.

Masa tu semua serbu nak beli lagi-lagi kalau ada testimoni daripada artis sendiri.

Dan masa tu lah banyak klaim produk tu menipu, produk tak menjadi dan produk tak boleh pakai sedangkan masalah masing-masing berbeza.

Benda pertama yang kena buat sebelum beli produk adalah buat kajian kendiri ke atas produk tersebut.

✅ Adakah produk ni sesuai dengan jenis kulit kita?
✅ Adakah bahan yang digunakan boleh rawat masalah kulit kita?

Cara paling mudah nak kenal produk tu sesuai atau tak adalah kaji balik selok belok bahan kandungan. Kaji sekali fungsi sebenar produk yang kita beli tu.

KULIT MUKA KITA JENIS MACAM MANA?

Benda pertama kita kena ambil tahu adalah jenis kulit muka kita dulu.

Baca lagi di bawah untuk fahamkan perbezaan jenis-jenis kulit muka 👇🏻

👉🏻 Kulit normal

Orang kulit normal ni selalunya memang tak ada masalah kulit. Normal sehalus bayi je kulit muka dia.

Dalam ilmu skincare, kita panggil kulit normal ni kulit well-balanced.

👉🏻 Kulit berminyak

Bila sebum berlebihan, maka terjadilah kulit berminyak.

Kulit berminyak ni biasanya akan buatkan muka kita nampak berkilat dan berminyak.

Orang cakap muka macam goreng pisang!

Kulit berminyak ni lah selalunya akan ada masalah blackheads, whiteheads dan pori tersumbat.

👉🏻 Kulit kering

Kulit kering ni pula bertentangan dengan kulit berminyak. Orang berkulit kering selalunya alami masalah kekeringan melampau sampai kadang-kadang rasa ketat dekat muka. Senang cerita, kulit kering = kulit dehydrated.

Kulit muka kita ni dilahirkan memang ada minyak dan pH sendiri. Kalau tak ada pH yang dan sebum yang balanced, akan jadi masalah kulit kering.

Bila jadi kering, muka akan cepat kedut dan mudah naik jeragat.

Antara tanda kulit kering adalah kulit jadi mengelupas, rekahan, rasa gatal dan ada garis halus pada kulit.

Ada juga kulit sampai berdarah-darah sebab terlampau kering.

👉🏻 Kulit kombinasi

Kulit kombinasi ni kombinasi antara kulit berminyak dan kulit kering.

Biasanya orang yang ada kulit kombinasi ni adalah masalah minyak berlebihan di bahagian T-zone iaitu di bahagian dahi, hidung dan dagu.

Di bahagian pipi pula yang jadi kering.